Monday, 14 January 2013

DIA Lebih Tahu~~

Jam dah menunjukkan pukul 3.07 a.m (ikot jam aku la... tak payah ikot jam korang... hehehe)... Depan meja study penuh ngan past year OB tapi aku tak tau la ke mana hilangnya mood study aku.  Siyesly aku tak ada mood nak study.  Dahla examnya  esok pagi kul 9 (15jan13).  Tapi kalau diikot sangat mood ni, habislah aku.  Itu baru mood.  Kalau ikot perasaan dan hati???  Nak jer aku balik umah skrg jugak!!! (Geram, sedih, kecewa, macam2 ada ni)

Aku masih bingung dengan apa yang berlaku sekarang ni.  Tapi aku just follow the flow.  Sebab aku tahu, bukan aku yang cari pasal dulu.  Tapi aku paling tak suka orang tuduh aku buat sesuatu yang memang aku tak buat.  Betolla.  Mulut orang kita tak boleh nak tutup.  Tapi lama-lama berhenti la dia.  Aku bukannya suka nak cerita pasal orang sebab aku ni jenis yang pemendam.  Tapi orang kata, orang yang pemendam ni bahaya jugak.  Tup2 sampai masa ni, meletup jugak.  Aku ni macam tu ke??  Entahla.  Kadang-kadang aku pun tak faham dengan diri aku ni.  Tapi aku setuju dengan yang itu.

Yang pasti, aku tengah menghitung hari nak balik rumahku syurgaku setelah 2 tahun aku merantau kat negeri pantai timur ni.  Mula-mula memang best n best sangat!!!  Tapi lama-lama, adala klimaksnya terutama dalam persahabatan.  Memang hebat diuji.  Tapi aku takkan buat apa-apa sebab aku ni bukan jenis pendendam.  Takkan nak upah orang untuk buat benda yang tak baik pulak kan??  Lebih baik aku fokus pada masa depan aku.  Aku nak kerja, nak cari duit untuk tolong family aku.  Aku nak kawin (hehehe).  Tapi aku malas dah nak mencari.  Bukan tak nak usaha.  Tapi aku yakin jodoh itu pasti ada.  Cuma tak tau bila, di mana dan dengan siapa.  Yang aku tahu, DOA.  :)

Berbalik pada citer tadi, aku bukannya kacang yang melupakan kulit.  Aku ingat segala apa yang kawan2 aku pernah buat.  Diorang buat aku hepi, bahagia.  Aku ingat semua tu.  Tapi takkan aku nak tunjuk sangat kat depan diorang yang aku hepi giler dan nak balas apa yang diorang buat kat aku dengan cara menunjuk2?  Tak!!  Aku akan buat sesuatu setakat yang aku mampu dengan cara aku sendiri.  Mungkin sebab aku ni jenis yang diam, diorang tak faham.  Tapi aku hargai sangat2 apa yang diorang pernah buat kat aku.  :)

Cuma ada satu perkara yang memang takkan aku lupakan.  Perkara tu memang aku tak sangka akan berlaku.  Perkara apa??  Biarlah rahsia.  Hanya Dia dan orang yang tertentu jer tahu.  Biarlah pon apa orang nak kata.  Mulut orang.  Aku pon ada 2 tangan jer.  Tak mampu nak tutup mulut diorang.  Aku tahu, nobody is perfect.  Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 termasoklah aku. Tapi yela...  Masing2 dah besar dan boleh fikir sendiri.  Mungkin ini jalan yang terbaik.  Aku doakan semoga diorang bahagia dengan pilihan diorang.  Dan aku??  Aku akan terus menjalani kehidupan aku macam biasa walaupon dalam hati ni Tuhan jer yang tahu.  Akan aku tinggalkan semua tu di negeri pantai timur ni.  Aku tak nak bawak balik.  Terluka.  Tu jer yang boleh aku katakan.  

Apa2 pon, semoga semuanya kembali macam biasa.  Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tak tahu sebab..... 


HANYA DIA YANG LABIH TAHU



No comments:

Post a Comment